Perkembangan Semasa

Taman Hutan Taman Tugu Kini Dibuka

Tarikh: 16 September 2018

Sebahagian daripada Taman Hutan Taman Tugu telah dibuka sebagai ruang hijau untuk belajar, menghayati dan mengalami sendiri warisan terhebat Malaysia, iaitu flora dan fauna kita, serta menjadi tempat untuk lari dari kesibukan kota raya Kuala Lumpur.

Taman Hutan Taman Tugu
Masa Dibuka
7.00am – 6.30pm setiap hari
Kemasukan percuma dan dibuka kepada semua
Pengurusan mungkin akan menutup taman berikutan cuaca teruk

Pintu Masuk
Terdapat dua pintu masuk ke taman hutan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin seperti yang ditunjukkan dalam pelan induk di atas; Pintu Masuk Tapak Khemah Taman Tugu dan Pintu Masuk Tapak Semaian Taman Tugu.

Parkir
Parkir tersedia di:

  • Rumah Kelab Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) (cari lokasi “Tugu View Café”)
    ~ 2 minit berjalan kaki ke Pintu Masuk Tapak Semaian Taman Tugu
  • Tempat Letak Kereta Padang Merbok (cari lokasi “Padang Merbok”)
    ~ 12-15 minit berjalan kaki ke Pintu Masuk Tapak Semaian Taman Tugu
  • Tempat Letak Kereta Bertingkat Taman Botani Perdana (cari lokasi “Padang Bertingkat Taman Botani KL”)
    ~ 12-15 minit berjalan kaki ke Pintu Masuk Tapak Semaian Taman Tugu

Anda boleh menggunakan Google Maps atau Waze ke:

  • Taman Tugu Campsite Entrance” untuk masuk dari Pintu Masuk Tapak Perkhemahan Taman Tugu
  • Taman Tugu Nursery”/ “Taman Tugu Nursery Entrance” untuk masuk dari Pintu Masuk Tapak Semaian Taman Tugu

Pakaian / Kasut yang Disyorkan
Anda disyorkan memakai pakaian kasual dan kasut sukan

*Basikal dan binatang peliharaan tidak dibenarkan masuk ke dalam rentis Taman Tugu buat masa ini.

Forest House @ Taman Tugu Nursery
Tapak Semaian Taman Tugu juga kini dibuka dan mempunyai ruang tertutup yang dikenali sebagai Forest House. Ruang ini direka bentuk, dibina dan disumbangkan oleh Forest House Sdn Bhd. Forest House terbuka untuk tempahan bagi mengendalikan bengkel pendidikan dan/atau sesi pembinaan pasukan.


Masa Dibuka
7.00am – 6.30pm setiap hari

Kapasiti & Susunan
Ruangan ini mampu memuatkan hampir 50 individu (dengan susunan meja panjang dan bangku).

Bagi menempah Forest House, sila kirimkan e-mel anda kepada greenscene@tamantuguproject.com.my dengan menyertakan butiran yang berikut:

  1. Nama syarikat/organisasi/kumpulan
  2. Tarikh dan masa yang dihasratkan
  3. Jenis acara dan tujuan
  4. Anggaran jumlah peserta

Peraturan Asas di lokasi bagi Forest House:

  1. Memandangkan kami mementingkan peliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi, kami amat menghargainya jikalau pelawat juga memainkan peranan masing-masing. Item plastik tidak digalakkan (termasuk dan tidak terhad kepada botol, kontena dan kutleri)
  2. Sila bersihkan ruang selepas digunakan
  3. Sila hormati semua barang/orang yang terdapat di dalam dan di sekitar ruang
  4. Makanan boleh dibawa masuk/dimakan di lokasi dengan kos ditanggung oleh penyewa sendiri (Sila rujuk peraturan nombor 1 tentang item plastik)
  5. Perabot dan pengaturan (set up) tambahan boleh dibawa ke ruang dan disusun untuk memenuhi keperluan anda, menggunakan kos anda sendiri

Tapak Khemah Taman Tugu masih dalam proses pembinaan dan disasarkan untuk dibuka menjelang S2 2019.

Harapan kami anda akan berasa teruja untuk mengalami sendiri kawasan hijau (green lung) di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur ini. Semasa lawatan anda ke Taman Tugu, sila hormati alam semula jadi dan orang lain.



top