Perkembangan Semasa

Taman Tugu dianugerahkan Pengiktirafan Kehormat dari World Urban Parks

Date: 1 Disember 2020

Lokasi: Taman Tugu

Sukacita dimaklumkan bahawa Taman Tugu telah dianugerahkan Pengiktirafan Kehormat dari World Urban Parks sebagai sebahagian daripada Anugerah Taman Bandar Besar Antarabangsa 2020 (International Large Urban Parks Award 2020)

World Urban Parks adalah sebuah organisasi antarabangsa yang mewakili taman-taman bandar, ruang-ruang terbuka dan sektor rekreasi. Organisasi tersebut sering dijadikan tempat rujukan bagi hal-hal berkenaan nasihat antarabangsa, sokongan dan perhubungan diantara taman bandar, ruang terbuka dan isu-isu rekreasi, orang dan aktiviti.

Program Anugerah Taman Bandar Besar Antarabangsa 2020 oleh World Urban Parks merupakan elemen penting dalam usaha untuk mengetengahkan manfaat-manfaat taman bandar di seluruh dunia dan untuk menyerlahkan amalan terbaik dalam industri kami.

Program anugerah tersebut juga membolehkan pihak pengurusan bandar-bandar di seluruh dunia untuk menanda aras prestasi dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang memerlukan penambahbaikan.

Taman Tugu telah mengambil bahagian dalam program tersebut dan bersaing dengan sebilangan taman-taman antarabangsa yang hebat seperti Millennium Park di Chicago, Atatürk Kent Orman? di Istanbul, dan juga Taman KLCC Malaysia.

Adalah suatu penghormatan yang amat besar bagi Taman Tugu untuk diakui setaraf dengan beberapa mercu-mercu tanda dunia yang benar-benar mantap dan dipuji untuk pengurusannya serta kebaikkannya kepada bandar dan masyarakat tempatan pada awal pembangunan Taman Tugu.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak World Urban Parks atas penganugerahan tersebut. Semoga kami kami dapat terus bekerjasama organisasi tersebut serta taman-taman bandar dan ruang-ruang awam di serata dunia.



top