Taman Tugu

 

RENTIS HUTAN TAMAN TUGU (FASA 1) – KINI DIBUKA

Fasa 1 Rentis Hutan (Klik untuk imej besar)

Kira-kira 20 ekar yang terdiri daripada hampir 2km rentis hutan kini dibuka setiap hari kepada orang ramai dari jam 7am – 6.30pm dan kemasukan adalah percuma. Setakat ini, kanak-kanak berusia 2 tahun merupakan pelawat paling muda yang pernah berjalan di rentis ini.

Pada bulan Disember, kami akan membuka lebih banyak rentis dan kami akan mempunyai sebanyak 4km rentis hutan tersedia untuk dinikmati oleh orang ramai.

Klik untuk imej besar

Lokasi Taman Tugu

Taman Tugu terletak di sebelah utara Taman Botani Perdana dengan dikelilingi oleh Tugu Negara di sebelah barat daya, Padang Merbok di sebelah tenggara dan Lanai Kijang Bank Negara Malaysia di sebelah timur tapak.

Kawasan ini bersempadankan Taman Botani Perdana dan hanya dipisahkan oleh Jalan Parlimen. Taman Tugu akan menjadi sebuah penambahan kepada ruang hijau tersebut.

Klik untuk imej besar

Bagaimanakah saya dapat pergi ke Rentis Hutan Taman Tugu dan di manakah saya dapat meletakkan kereta?

Jika anda memandu atau mengambil Grab, masukkan “Taman Tugu Nursery” dalam Google Maps atau Waze. Anda akan dibawa ke titik permulaan rentis hutan, iaitu Pintu Masuk Taman Tugu Nursery.

Parkir yang terdekat ialah di Persatuan Perkhidmatan Tadbir and Diplomatik (PPTD), yang terletak bersebelahan dengan Pintu Masuk Taman Tugu Nursery.

Selain itu, parkir juga tersedia di Tempat Letak Kereta Padang Merbok yang terletak 12-15 minit (berjalan kaki) dari Pintu Masuk Taman Tugu Nursery.

DOs and DON’Ts

10 FAKTA MENGENAI TAMAN TUGU

Daripada Perniagaan Komersial kepada Projek Sosial
1.
Tapak Taman Tugu seluas 66 ekar pada asalnya dibawa kepada perhatian Khazanah sebagai kertas cadangan untuk ditukarkan menjadi taman tema tarikan pelancong yang menghasilkan keuntungan. Pada masa yang sama, pemaju-pemaju lain juga berhasrat mendapatkan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan komersial.
2.
Berdasarkan maklum balas daripada pelbagai komuniti dan interaksi dengan pelbagai organisasi seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, “MNS”), Khazanah lalu mengusulkan agar tapak tersebut ditukarkan menjadi sebuah taman awam dan hutan sekunder yang terdapat di tapak tersebut dipelihara.
Sebahagian daripada rentis hutan yang kini dibuka kepada orang ramai
Salah sebuah gazebo yang merupakan hasil ciptaan yang muncul pemenang dalam sebuah pertandingan reka bentuk
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tapak

Lebih daripada 1,000 pokok di tapak telah dikenalpasti untuk pemuliharaan.

Lebih daripada 4,000 pokok hutan hujan etnik Malaysia akan ditanam semula di kawasan tapak.

Tapak ini merupakan kawasan pertumbuhan kepada lebih kurang 1,000 spesies flora dan fauna etnik Malaysia.

3.
Menerusi perkongsian dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”), lebih 1,000 pokok asli tempatan di kawasan tapak telah dikenal pasti dan ditagkan untuk pemuliharaan. Ini termasuklah spesies asli tempatan seperti Jelutong, Tembusu, Pulai dan Gaharu. Sesetengah spesies ini mempunyai diameter yang mencecah ukuran melebihi 1 meter dan berkemungkinan mempunyai usia melebihi 100 tahun.
4.
Sebanyak lebih 4,000 pokok hutan hujan asli tempatan yang mempunyai purata umur 8-10 tahun, yang terdiri daripada 230 spesies hutan hujan tempatan telah ditanam di kawasan tapak. Pokok-pokok ini, diambil daripada pelbagai tapak semaian merangkumi 1,000 pokok yang dikategorikan sebagai “Terancam” atau “Terancam Secara Kritikal” oleh International Union for Conservation of Nature (“IUCN”) seperti spesies Keruing, Meranti dan Mersawa.
Sepohon Jelutong yang telah ditandakan
Sepohon Tembusu yang telah ditandakan
> 4,000 pokok ditambah
Sepohon Pulai yang telah ditandakan
5.
Salah satu daripada kriteria dalam pemilihan pokok yang ditambah ialah jenis fauna yang dapat ditarik oleh pokok tersebut. Peningkatan fauna akan mempertingkatkan biodiversiti kawasan tapak dan menggalakkan ekosistem termasuk pendebungaan semula jadi. Jika semua proses ini berjalan dengan lancar, kawasan tapak akhirnya akan mempunyai lebih 200 pokok bagi setiap ekar, iaitu jumlah sama yang terdapat dalam sebuah hutan hujan.
6.
Rentis Taman Tugu diwujudkan dalam bentuk “yang boleh diteroka” bagi memastikan tidak ada pokok FRIM yang ditagkan akan dikompromikan. Sambil kami meneroka rentis, kami mendapati bahawa kawasan tapak telah menjadi tempat pembuangan sampah haram. Sehingga kini, kami telah membuang lebih 100 muatan trak sampah yang mengandungi runtuhan pembinaan, sampah isi rumah dan juga jarum yang dipercayai telah ditinggalkan oleh para penagih yang dahulunya sering datang ke kawasan tapak tersebut.
Tapak semaian di Tg. Malim, pokok-pokok baharu diambil dari tapak semaian ini
Sampah yang mengandungi runtuhan pembinaan dan sisa isi rumah yang telah dibersihkan
Keadaan Tapak Sebelum
7.
Sambil anda berjalan di rentis tersebut, anda akan melihat sejumlah pokok kelapa sawit. Pokok sawit ini dipercayai dibawa masuk oleh pihak British sebelum kemerdekaan semasa tapak tersebut merupakan penempatan kepada kediaman British. British pada awalnya membawa masuk benih kelapa sawit dari Afrika Barat dan menanamnya bagi tujuan perhiasan.
8.
Selepas kemerdekaan, kawasan tersebut menjadi kediaman kepada pegawai kerajaan Malaysia termasuklah Ketua Hakim Negara Malaysia pertama, Pengarah Pertanian Malaysia pertama, dan Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin. Kawasan tersebut akhirnya menjadi penempatan kuarters kerajaan dan anda dapat melihat kesan-kesan kuarters ini seperti papak konkrit di sepanjang rentis.
9.
Sebagai legasi kepada kediaman British, pegawai kerajaan Malaysia, dan kuarters pekerja, tapak Taman Tugu menempatkan sebuah madrasah, iaitu Madrasah Bustanul Ulum, dan 4 rumah suci Hindu untuk memenuhi keperluan penduduk yang pernah tinggal di kawasan ini. Berpegang kepada prinsip pewujudan taman hutan ini, iaitu tidak memindahkan penghuni sedia ada, kami membina semula sebuah Surau Jumaat dan Kuil Hindu yang lebih besar dan lebih selesa di kawasan tapak bagi kemudahan komuniti yang berkenaan. Madrasah dan tempat suci Hindu sedia ada akan menjadi sebahagian daripada taman hutan. Di samping Madrasah dan rumah suci Hindu, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (“ISIS”) dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (“PTPD”) juga merupakan penghuni semasa tapak Taman Tugu yang akan kami kekalkan di lokasi semasa masing-masing.
Kesan kuarters kerajaan yang ditinggalkan boleh ditemukan di serata kawasan tapak Taman Tugu
Kesan peninggalan rumah pegawai kerajaan
Pemeliharaan Tapak untuk Selama-lamanya
10.
Tapak Taman Tugu seluas 66 ekar akan dipindahkan kepada Amanah Warisan Negara (“AWAN”) untuk diuruskan dan dipelihara sebagai ruang hijau awam untuk selama-lamanya. AWAN merupakan sebuah badan amanah awam nasional yang diperbadankan dengan matlamat jangka panjang untuk melaksanakan lebih banyak projek yang melibatkan pemulihan, rehabilitasi dan/atau operasi ruang awam terpilih bersama-sama dengan aset warisan yang mempunyai kepentingan nasional seperti yang diilhamkan oleh National Trust for Places of Historic Interest atau National Beauty atau yang lebih dikenali sebagai National Trust UK.
Orang ramai berkumpul sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki di rentis secara berpandu
Orang ramai bergambar di salah satu lokasi mengambil gambar yang popular di kawasan Taman Tugu