TAMAN TUGU
Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab social korporat (CSR) bukan berasaskan keuntungan untuk memulih dan memulihara sebuah ruang hijau (green lung) seluas 66 ekar di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.
Projek ini juga merangkumi penubuhan sebuah badan pemegang amanah yang kini dikenali sebagai Amanah Warisan Negara (“AWAN”) untuk memilik, mengurus dan melindungi Taman Tugu serta aset-aset lain yang mempunyai nilai warisan, termasuk nilai warisan semula jadi negara kita.
Ruang-ruang aktivit yang terdapat di Tapak Semaian Taman Tugu:
- The Forest House
- The Courtyard
- The Shed
- The Kiosk
- The Shed & Roundabout
Klik di sini http://venuescape.my/ untuk mendapatkan gamabaran yang lebih jelas mengenai ruang-ruang tersebut.

KHAZANAH ILMU BUNGALOW

Khazanah ILMU Bungalow adalah sebuah banglo kolonial berhalaman luas yang sesuai untuk majlis anda – sama ada sebuah majlis peribadi kecil-kecilan ataupun majlis korporat beasr-besaran yang mampu menampung tetamu seramai 130 orang.
Ia juga mempunyai ruang yang mencukupi untuk kerja-kerja persediaan majlis dan parkir kereta. Walaupun ia terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, anda tidak perlu pandu jauh ke bandar untuk menghadiri majlis di Khazanah ILMU Bungalow.
Klik di sini http://venuescape.my/ untuk mendapatkan gamabaran yang lebih jelas mengenai Banglo tersebut.
We appreciate if you could complete the following details so we will be to assist you further.
**Usage and booking of space in Taman Tugu is subject to Management’s approval. Rules, regulations, and conditions apply.