Perkembangan Semasa

Upacara Perasmian Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu

Date: 5 Febuari 2021
Location: Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu

Alhamdulillah, sukacita dilaporkan bahawa pada 5 Februari 2021, Madarsah Bustanul Ulum Taman Tugu (“MBU-TT”) telah selamat dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tan Sri TPr Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut membaca Khutbah pada hari tersebut. YBhg. Datuk Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut menghadiri upacara perasmian tersebut.

Pembinaan kemudahan baharu MBU-TT tersebut merupakan sebahagian daripada Pembangunan Projek Taman Tugu bagi menggantikan Madrasah Bustanul Ulum sedia ada di perkarangan Taman Tugu yang telah beroperasi sebagai Surau Jumaat selama lebih 50 tahun sekarang. Kemudahan baru ini mempunyai kapasiti untuk memuatkan lebih daripada 1,000 orang (tanpa penjarakan sosial) pada satu-satu masa, dan 3 unit Kuarters Kakitangan untuk kakitangan MBU-TT. Sebuah bangunan F&B juga telah dibina bersebelahan dengan kemudahan MBU-TT yang akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Insya-Allah, kemudahan baru ini akan meneruskan legasi Madrasah Bustanul Ulum sebagai Surau Jumaat untuk rakyat dan kekal berdiri sebagai simbol niat murni Projek ini untuk bergerak ke arah kebaikan masyarakat kita.

Bagi mereka yang ingin melawat dan menunaikan solat di Surau Baharu, pihak kami ingin mengingatkan anda agar mematuhi Standard Operating Procedure (“SOP”) Penjarakan Sosial semasa seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara dan semua pihak berkuasa yang berkaitan semasa berada di Surau Baharu tersebut.



top